Hari ini, mama rasa macam ada yang sesuatu yang kurang Tak seperti tiga hari yang sudah....
Apa ye yang menyebabkan mama rasa demikian?
Oh ya..... mama tak membaca novel hari ni...
Kenapa tak baca?
Sebab mama dah selesai membaca novel yang kedua dan lagi mama ni kalau dah mula membaca, buruk sikit perangainya...macam tak boleh nak berhenti. Ada kalanya, terpaksa memaksa diri berhenti membaca demi melunaskan segala kerja yang tertunggak. Dah tiga malam, mama tidur, melepasi jam 1 pagi. Semata-mata kerana tak terdaya melawan keinginan untuk mengetahui apa kesudahannya....
Wahai Damya Hanna... mengapakah tergamak dikau menyiksa diriku ini?
Tapi, diakah yang menyiksa mama, atau mama yang menyiksa diri sendiri...
Selalunya, mama kalau membaca novel, mama seolah-olah menyerapkan diri ke dalam cerita tu. Itu sebab 'feel'nya amat kuat. Dan kalau cerita tu tension, mama akan berasa tension sama. Kalau cerita tu sedih....siap kau.... tisulah yang menjadi mangsa! Mama boleh sampai teresak-esak. Kalau cerita tu tengah gembira dan bahagia, siaplah berbunga-bunga hati mama ni. Bunga ros, bunga kertas, bunga ta*k ayam pun ada... hahaha... Kalau cerita tu menggambarkan kemarahan... haaa itulah masa terbaik untuk mama stop membaca dan menyambung kerjarumah. Macam malam semalam.... bila tiba ke bab yang menaikkan amarah, mama terus tutup buku dan hempuk buku tu atas meja. Bak kata Mak Chu....entah apalah dosa buku tu! Hahahaha.... Suami mama yang tengah buat kerja di ruang tamu, terkejut. Bila dia bertanya, kenapa? Ringkas saja jawapan mama.....SAKIT HATI! Hahaha....
Semalam mama habis membaca novel BICARA HATI karya Damya Hanna. Ceritanya best cuma mama sungguh rasa tersiksa.... nak tahu kenapa? Kenalah baca sendiri ye....
Oleh kerana mama telah menyerapkan diri dalam novel ini... kiranya mama ni Zahlia la kan... mestilah kita nak ambil peranan yang baik-baik je kan... hahaha... Mama rasa, walaupun setinggi mana sekali pun kasih sayang ma pada Tengku Syahran tu, hati mama masih ada 0.01% terguris yang tak mungkin padam... Nampaknya, mama ni lagi keras hati dari Zahlia kan? Kalau rasa macam terpinga-pinga apa yang mama tulis ni.... bacalah ye novel BICARA HATI ini....
Lepas ni..... nak baca lagi ke tidak novel baru? Nak baca ke tidak? Nak baca ke tidak? Nak baca ke tidak? Zzzzzzzzzzzzz...............
1 comment:
salam...mama...kite pun hantu novel...kite baru sudah baca cinta kau dan aku by siti rosmizah...
best..ada waktu hati berbunga..hati meletup..hati menangis...ending..mama nampak bunga..:)
Post a Comment