SURRPRISEEEEE....Ungkapan itu, seharusnya menjadi sesuatu yang menggembirakan buat orang yang menerima kejutan, tapi ada kalanya, ia menjadi sebaliknya pulak.
Imej ikhsan dari Google Image
Anda suka menerima kejutan? Mama tidak berapa gemar. Bukan tak suka tapi mungkin sebab mama tak tahu macam mana nak react bila menerima kejutan sedemikian. Dulu semasa di Malawi, tanpa pengetahuan mama, kawan-kawan rapat telah bersekongkol untuk mengadakan sambutan hari jadi mama di rumah mama sendiri tanpa mama dapat menghidu rancangan mereka. Licik sungguh kawan-kawan ku ini... Mama telah diajak oleh salah seorang dari mereka untuk menemani dia menjemput anak-anak saudaranya dari sekolah. Dia tahu mama pasti nak ikut sebab mama memang kaki jalan! Hahaha... kelemahanku ini membawa padah rupanya!
Bila kelibat mama hilang dari pandangan, mereka-mereka yang lainnya terus sahaja ke rumah mama dan mengatur segala apa yang patut dengan bantuan pembantu rumah ku yang tak ku sangka, turut sama bersekongkol! Bila kami sampai di rumah, mama jadi hairan, mengapa banyak pula kereta di perkarangan rumah mama. Bila mama masuk ke rumah, semuanya menjerit... SURPRISEEE..... dan apa yang mama mampu lakukan, hanyalah terkebil-kebil dan tersengih! Apa-apa pun jua, itulah antara kenangan termanis dalam kehidupan mama yang akan ku kenang sampai bila bila...
Pernahkah anda menerima surprise sebegini? Bagaimana perasaan anda?

9 comments:
Salam.. kakliza pernah dapat surprise dari Mama di hari ulangtahnu kelhairan kakliza..
Pandai Mama sekongkol dengan jiran dekat kakliza yer..
tapis eronok dan gembira sekaliiii....
Oppsss.. lupa nak tanya.. tahun depan takmo buat lagi ker....
Kak Liza :
Kak, kita memang suka bagi orang surprise yang menggembirakan, tapi tu la, kita tak berapa suka nak terima surprise sebab rasa macam terhutang budi pulak.. hehehe...
Oh.. tahun depan akan nak surprise eh? Boley eh cakap NAK SURPRISE? Apa ke halnya nak panggil surprise kalau dah diduga kedatangannya.. ahahaha... lawaklah akak nih!
surprise yg menggembirakan apa salahnya, kan.
jgn yg over sudah le. hehe ..
kakchik@ella:
Betul betul betul....
Tak berapa nak suka gak suprise...buat jantung berdegup kencang jeee..
salam ziarah,salam kenal :)
dup dap..mcm berhenti kejap
ya ampun..pernah jugak dapat suprise..tapi masa tu tengah krisis..tak pasal suprise tu dibuang..dah lebih 24 jam..bila buka..suprise kedua..rupanya henpon baru yang agak mahal..adessss..
p/s mereka sekongkol anak beranak..macam mana boleh tak perasan..huhuhu..
sy suka dpt surprise cam cabutan btuah ke,dpt vaucher percuma ke..best ooo
Post a Comment