Monday, February 21, 2011

AKU MAHU KAMU


Sinopsis :

Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah, Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati. Pemergian Faiq yang dijemput ILLAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Quisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat mereka berdua lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Quisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dihalirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayang Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu....


Kerana buku nilah, semalam mama tidur pukul 1 pagi. Dahlah tidur lambat, airmata pulak asyik mengalir je. Hari tu masa mama teman hubby gi office sekejap, sementara dia buat kerja dia, mama membaca. Tanpa dapat ku tahan, airmata non stop berjuraian sampai tersumbat hidung. Hubby bukan nak simpati, dia gelakkan lagi adalah... saborrrr je la... Bila membaca kat rumah pulak, bila meleleh airmata, anak-anak geleng kepala... apalah mama ni.. well, mama jawab... mama baca dengan perasaan! Aduhai, sedih tak tahanlah... adakah daku over sensitif? Wallahu'alam.

Nak baca buku baru ke tak ek?

3 comments:

Makchu said...

Pinjam boley? :D

Anonymous said...

Best ye mama..novel nie, sya dah beli tp belum baca lg...rasa cam tak sabar pulak nk baca...

Mulan said...

lama tak baca buku cerita.. sebab tak habis sehelai, mata shut down dengan sendirinya..