Sunday, April 24, 2011

Konsert AF 9 - Minggu ke 3

Tak tahu apa sebabnya, persembahan pelajar-pelajar AF9 pada konsert minggu ke 3 ni, amat hambar. Lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh mereka pun tidak menyengat, unlike masa konsert tirai dulu. Best jugak kan?

Tapi kan, pada pendapat mama, kritikan pedas dan lontaran ayat maut dari seorang pengkritik, AWAK HARUS DIGUGURKAN sedikit sebanyak menyebabkan kehilangan semangat dan tahap confidence para pelajar yang lain. Pelajar-pelajar tu pun hanya manusia biasa, yang punya perasaan, lagilah pulak, masih dalam tahap pembelajaran, jadinya, kalau nak kritik pun, janganlah sampai tahap mematikan semangat diorang.

Apa-apa pun semoga minggu depan, mereka akan buat yang lebih baik. Para pelajar baru yang diserap masuk, memang dah mama jangkakan...

Kalau disuruh pilih, mungkin pilihan mama minggu ini hanya Azri.....



Note : Kalau boleh, pengkritik yang dah selesai kritik, tak yahlah cakap lagi ye... sorang sekali je dah ler... :D jangan mare!

1 comment:

kakchik@ella said...

kakchik tak sempat tgk pun semlm mamafami. semlm kakchik sibuk keluar dgn kak nani, mama kpd hanis zalikha, blogger femes yg meletup tu.