Wednesday, June 8, 2011

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Alhamdulillah, dah habis baca dah... Best juga ceritanya...
Tapi nak tanya pada sesiapa yang dah baca buku ni, kalau anda jadi Aleeya, apa tindakan anda bila menghadapi situasi sedemikian....? Kalau mama, mama rasa, mama jadi macam Aleeya gak kot... ahaks.... jiwa rapuh you... hihihi...



Penulisnya ialah Areila Sahimi
Sinopsisnya :

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?









2 comments:

Unknown said...

peeh.....

mmg best sinosip nie...

nak cari!!!!
thanks ma

areila sahimi said...

kak,

terima kasih banyak2 kerana sudi baca BPMA.

salam sayang,
eila