Thursday, August 12, 2010

HABIS MADU, SEPAH DIBUANG???


Habis madu sepah dibuang?
Eh tu bukan mama tu... tak percaya?
Ni ha.. hubby belikan mama untuk birthday hari tu...



Bila birthday mama?
Bulan Jun hari tu.... Ma guna phone ni sekali, sampai bateri habis... lepas tu tukar balik kepada yang lama... si dia ni ha....



Setia pada yang lama... kenapa?
Kerana dikau telah bertakhta di hatiku... ahahaha... sabor je la... Mama suka phone yang lama sebab dia punya function macam komputer. Lagipun mungkin mama dah biasa dengannya sebab mama dah gunakannya lebih dari 5 tahun. Walaupun gigi mu rongak, kau tetap menjadi pojaan hatiku.....

Phone baru tak best ke? Eh bukan tak best...memang best.. siap ada kamera lagi... tapi, itulah yang buat mama susah hati sket... sebab kena ambil extra precautions terhadap kamera kat belakang phone tu... huhuhu.. kita ni dahlah jenis ganas...bih cemana tu?

Tapi nanti, nak kena gunalah yang baru... bagilah pencen kat yang lama... takut nanti, abang merajuk lak, tak nak belikan benda baru untuk mama. Dahlah nak belikan phone yang baru ni pun, entah berapa kali mama reject...

p/s : Orang yang nak phone baru, tak dapat dapat...kita yang tak nak, di offer offer...eeee bestnya........

No comments: