Monday, October 25, 2010

Adakah mama dibayar tunai oleh Allah?



Nawaitu...
Itu yang penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Dan kita seharusnya tetap dengan niat kita itu.

Mama telah terpesong sedikit dengan niat asal mama bila berfacebook. Akaun dibuka juga atas nasihat sifoo blogging, Ben Ashaari. Masih teringat kata-kata Ben semasa menyakinkan mama agar membuka akaun. Ingat mama, tujuan buka akaun FB adalah untuk mingkatkan 'traffic' ke blog mama. Masih terpahat ungkapan itu di benak mama ni. Tapi setelah terjun ke dunia FB, mama terlalai.... lantas blog-blog ku terbiar... tersadai.... terbengkalai...

Walaupun ada juga yang cuba beralas kata, memperingatkan mama, tapi mama tetap tak perasan hinggalah ke hari ini... mama tersedar sendiri... betapa mama telah leka..... Adakah mama telah dibayar tunai oleh Allah kerana kelalaian ini.... wallahu'alam....

6 comments:

Ben Ashaari said...

hurmm..

MamaFaMi said...

Ben :
Adei brader... perli ka??? Hehehe.. Ye ye.. mama sedar mama tersasar.. ahaks.. tapi adakah kesedaran ini bisa bertahan lama? Sama-samalah kita tunggu dan lihat! hehehe...

Roszana said...

Patut la tak gerak2......nasibaik cepat sedar....

MamaFaMi said...

Roszana :
Ampunnnn... jangan mare! Ehehehe..

Anonymous said...

Salam Mama...tak salah ada fb memudahkan interaksi dgn kengkawan. Akak pun ada but then akak limited use saja n sharing certains information dgn yang di kenali saja. To others to tapis tapis lah. So far okay lah sebab ianya merapatkan tali persaudaraan dan senang nak get together dgn rakan lama. Hihi mama pasnie banyaklah entry baru ya.

My Fadelicious said...

MamaF,
U r so right..I pun terasa begitu jugak..however I miss your daily celotehs..