Shhhhhhhh.....
Ini rahsia okay....kita dua orang je yang tahu... kata si polan A.
Lepas tu kan, nanti esok lusa, ada lah orang lain dok bercerita dengan kita yang sipolan A ni gitu gini gitu gini... sama seperti rahsia yang telah dibisikkan pada kita sebelumnya. Mmm cemana tuh? Apa nak buat? Buat bodoh je la....
Ada orang boleh simpan rahsia orang lain, tapi ada orang tak boleh. Kalau ditanya saya, saya boleh menyimpan rahsia orang lain dengan jayanya, tapi rahsia saya sendiri, saya ternyata tidak berupaya. Selalu sahaja bolos.... Siapa nak disalahkan tu? Tak apa, tak payah jawab sebab ternyata, jawapannya...salah saya sendiri...
Justeru itu, rahsia anda adalah selamat dengan saya, tetapi, tak payahlah susah-susah suruh saya simpan rahsia anda sebab saya tak kuasa.....
Selamat sejahtera buat semua.....
1 comment:
syabas mama, atas idea yang kita kongsi bersama..apa2 pun itu rahsia antara kita berdua kan..shh dediamm...
Post a Comment