Thursday, December 1, 2011

M.A.I.D



Penulis : Suri Ryana
Sinopsis: (Ihsan Kaki Novel)

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

My 2 cents :



Cerita ni best. Tapi mak ai, tebalnya. Jenuh nak bagi habis cepat. Penat baca tapi tak leh berhenti, cam no? Tapi kan, mama rasa, ada overdose romantik sikit, sampai macam nak lemas pun ada... hehehehe...

Leleh tak mama? Mau tidak.. tapi tangisan gumbira.. cuba tengok mukasurat 556 dan 565... :D

5 comments:

-<@ * Liana * @>- said...

Wah mama, ada lg tak jual buku ni eh? Nk cari la :)

MamaFaMi said...

Amboi.. laju je dia menerpa ke mari ek? Pantang diusha betul budak Liana ni. Hahaha.. Banyak lagi buku ni kat MPH Wangsa Maju tu... hehehe... Cemana eh Liana leh suka buku tebal-tebal ni.. mama kalau tengok buku tebal, mulalah macam tak mau baca unless kena gosok baikkkkk punya!!!

-<@ * Liana * @>- said...

Hehe. Camne suka novel tebal? Entah mama. Sebab liana tak berapa suka novel melayu sangat. Tapi kalau nak baca biar terus yang tebal so lama sikit nak habiskan. Kalau yang nipis tu dua hari baca macam rugi lak beli. Cenggitu la pulak. Kalau tebal tu macam worth sikit kalau beli :-)

MamaFaMi said...

Liana,

Maybe sebab Liana kena beli sendiri buku tu... tu sebab rasa macam tu. Macam mama... ada supplier. Hahaha.. Adik memang rajin membeli dan rajin membaca dan mama tersangat rajin meminjam. Ngeh ngeh ngeh... sharing is caring you know.... hahaha...

-<@ * Liana * @>- said...

Maybe betul yang macam mama cakap kot. Kalau ada supplier maybe sumer novel liana sapu je hehe..