Mengenai Penulis
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Februari 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang kewartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang disegani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.
Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
My 2 cents :
Mama sukakan buku ni. Betul-betul salute di atas kesabaran wanita berumur 18 tahun yang sanggup mengharungi segala kepedihan hati yang mendewasakan dia. Ada kalanya, rasa macam nak hempukkkkk je suami dia si Zain tu. Soalan cepumas... mama nangis tak? OH SUDAH SEMESTINYA! Hahaha... tuala mandi siap standby di sisi tau... :D
2 comments:
wah terharunya dgn komen mama fami. terima kasih menyukai setia hujung nyawa. (fatin nabila)
Alahai, terharunya Fatin sudi mencemar duli, komen kat blog mama ni. Masa baca buku Fatin ni, berkecamuk segala perasaan dalam jiwa dan raga mama tau. Sakit hati dengan Hady dan Datin Adiba. Geram! Sib baik happy ending! Hehehehe...
Post a Comment