BIODATA PENULIS :
Nama penuh Hafizah binti Haji Mohamed. Beliau hanya mahu dikenali sebagai E-man Sufi dalam dunia penulisan. Beliau dilahirkan pada 15 Ogos, 1982 dan berasal dari Temerloh, Pahang. Tamat persekolahan di Sekolah Agama Al-Wosto Temerloh Pahang dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam daripada lapan orang adik-beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuantan. Beliau amat menggemari aktiviti melayari Internet pada masa lapang. Selain daripada itu beliau juga amat menyukai aktiviti menulis jurnal, novel dan cerpen juga minat membaca buku-buku antalogi cerpen dan puisi. Minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan membuatkan beliau membuat keputusan untuk menceburkan diri dengan lebih serius dalam bidang ini.
SINOPSIS :
"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
Coretan mama :
MAMA SANGAT SUKA NOVEL NI! Penceritaan yang begitu sempoi dan kelakar. Kadang-kadang bila membaca, tiba-tiba aje boleh tergelak sampai mengeluarkan bunyi-bunyian dan terus menarik perhatian insan-insan di sekelilingku. Tapi sebab mama ni kan jiwa rapuh, confirmed ada part part yang mengalirkan si airmata. Ada gak part yang tersedu. Tapi itu, mamalah ye. Korang kalau baca, mungkin takat sedih je kot, wallahualam. Kalau nak tahu, sila baca sendiri.
Watak yang paling mama suka dalam novel ni ialah Makcik Sarimah! Memang terbaek dari ladang! Hahahahaha.....
2 comments:
Very creative book cover...I like that special effect on the "heart"...
saya beli gak novel ni sebb dulu hubby mmg jual burger heheh tp mmg best jalan ceritanya... dah keluar pula hikayan cinta si pematah hati dari penulis yg sama... jemput mama baca novel saya yang masih kiv di karyaseni ada saya masukkan dalam blog... :) kalau sudi tiada paksaan..
Post a Comment