Sunday, February 5, 2012

CANTIKNYA SI COMOT

Gambar Ihsan Google Search

Biodata :

Miazal zahra telah dilahirkan pada tanggal 24hb jun 1964 di Pulau Pinang. Anak bongsu dari 10 adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Balik Pulau dan menyambung persekolahannya di Maktab rendah Sains Mara Kulim hingga tingkatan lima. beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di UITM Arau dalam jurusan perakaunan dan kini sedang berkhidmat di sebuah anak syarikat MARDEC Bhd di pulau pinang sebagai seorang Eksekutif Kewangan.

SINOPSIS :

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

CELOTEH MAMA :

Mama suka baca buku ni. Lebih relax dan penuh dengan kasih sayang. Kalau ada dugaan dan rintangan dalam kehidupan, taklah terlalu berat sampai lelah mama nak baca sampai habis. Buku ni mampu menghilangkan sebahagian besar dari stress membaca buku-buku yang sebelum ini. Kelakar pun ada dengan ayat-ayat yang ditulis. Kenkadang tergelak sendiri bila membaca. Tapi seperti biasalah... mama pasti leleh punya cuma bezanya, kali ini, banyak airmata kegembiraan. Part yang paling best, cerita ni berkisar di Cameron Highlands. I LIKE!!!!

No comments: