Wednesday, February 20, 2013

CINTA TAK TERUCAP


Penulis : Imani Hatta

Sinopsis :

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

CELOTEH MAMA

 Mama suka cerita ni. Sebenarnya mama sukakan watak Ammar tu. Dia seorang suami yang tidak cepat melenting. Walau apa pun badai yang melanda (perghhh mak oi bahasa ku... ahahaha) dia akan siasat dan tidak membuta tuli percaya. I saspek you brader! Hihihi.... 

OK tak??? Hik hik hik

Seperti biasa... Suri Imani dalam citer ni... mama bayangkan Scha dan Ammar Mirza... Fahrin. Sekadar di layar otak ye... janganlah husband Scha marah mama sudah. Ya ampun ya Awal.... Peace!

3 comments:

Anonymous said...

Kakak mama ni kan! Very the hazardous.... Tetiber ai ngulang baca buku ni you! Padahal dah bertahun tu ai baca buku ni.... Ish ish ish.... Sket baek takde makanan dalam buku ni ek? Kalau tak, harus ai berdesup ke Speed 99 tuk membelinya.... Aper2 pun... Ammar... I lap u.... ngeh ngeh ngeh.... ~MakChu~

MamaFaMi said...

@MAK CHU

Ha ah Chu, dalam buku ni tak ada citer pasal makan. Ada satu buku tu, yang wife dia pandai masak tu. Apa eh buku tu... nanti ma recall semula... eee cam sedaaaappp je apa yang dia masak! Hahaha... Nanti bila ma baca, ma lintas langsung dengan mak chu okay... ahaks... tak de susahnya.. senang je!

Setakat hari ni, lom ada buku yang mama ulang baca.. tak sempat!








Lee said...

Hi MamaFami, I not be knowing tu 'terucap'? First time see this word.
How you doin'? By the way, I put up your food dish in my pondok latest posting. Very nice.
Have a nice day.
Simpan satu lsgu dalam hati.
Lee.