Wednesday, February 20, 2013

KAU PEMILIK HATI


Gambar ehsan AeIn Darnes
Penulis : Ayumi Syafiqah

Sinopsis :

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


CELOTEH MAMA

Bila mama baca buku cerita ni, wajah yang terlintas di layar otak (pergh...layar tau...) bila mana nama Qarissa disebut ialah wajah Diana Amir. Tak kisahlah kalau orang nak kata tak sesuai ke apa, tapi sekali mama dah pahatkan dalam otak, maka watak tu la yang kekal sampai habis baca buku ni.

Cerita dia okay. Cuma bila baca part-part 'brutal' si Rissa ni.. berkata gak dalam hati...hok aloh, kerek juga minah ni! Hahaha.... Tapi bila dah tiba part Rissa di rumah Salma...alahai.... sayu gak rasa hati... and of courselah mama leleh... bak kata mak chu...macaaaaamlah tak biasa mama tu punya perangai. Gembira dia meleleh, inikan pulak waktu sedih!

Nak tahu ceritanya... kenalah beli dan baca ye.....

'Rissa' sebelum....

'Rissa' selepas....
Gambar-gambar Diana Amir adalah ikhsan dari Google dan buahmulut.com. Terima kasih.

No comments: