Thursday, February 21, 2013

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10


Penulis : SYAMNURIEZMIL

Sinopsis :

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Celoteh Mama :

Hidup ni penuh ranjau dan durinya. Ada kala, kita terpaksa menempuh dalam keadaan yang pahit getir. Ada kala pulak, nasib menyebelahi kita. Ada yang sudi menghulurkan bantuan....

Achewaaa..mama... semenjak dua menjak tiga menjak asyik 'mentelaah' buku, bahasa pun dah jadi semacam je... hahaha... Alaaa bagi chanlah mama nak cuba try kannnn....

Buku ni santai aje membacanya. Konflik taklah terlalu berat. Dalam pada tak berat tu pun... mama emosi gak... hehehe...


2 comments:

syamnuriezmil said...

Tqvm for review... awat ambik gambaq tu. Gambaq zaman tok nadok mkn dedak tuh. Hehe

MamaFaMi said...

Syamnuriezmil...

Cemana cheq tak ambik gambaq tu. Cheq tak dak gambaq len. Dok cilok kat google ja... ce bagi gambaq latest yang vogue de vas... Bolehlah cheq update... hihi...