Showing posts with label Novels. Show all posts
Showing posts with label Novels. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10


Penulis : SYAMNURIEZMIL

Sinopsis :

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Celoteh Mama :

Hidup ni penuh ranjau dan durinya. Ada kala, kita terpaksa menempuh dalam keadaan yang pahit getir. Ada kala pulak, nasib menyebelahi kita. Ada yang sudi menghulurkan bantuan....

Achewaaa..mama... semenjak dua menjak tiga menjak asyik 'mentelaah' buku, bahasa pun dah jadi semacam je... hahaha... Alaaa bagi chanlah mama nak cuba try kannnn....

Buku ni santai aje membacanya. Konflik taklah terlalu berat. Dalam pada tak berat tu pun... mama emosi gak... hehehe...


PROJEK MEMIKAT SUAMI


Penulis : HANINA ABDULLAH

Sinopsis :

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Celoteh Mama :

Siapa rasa nak try pikat suami masing-masing, elok baca buku ni. Tak pernah terlintas di fikiran mama pulak nak buat sampai cam tu sekali. Tapi rasa-rasanya, kalau body ni solid gold, ada harapan gak nak praktikkan semua teknik-teknik yang sifu si Una, ni ajar....

Teknik apa? Kenalah baca sendiri ye.... ihik ihik.....


Wednesday, February 20, 2013

CINTA TAK TERUCAP


Penulis : Imani Hatta

Sinopsis :

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

CELOTEH MAMA

 Mama suka cerita ni. Sebenarnya mama sukakan watak Ammar tu. Dia seorang suami yang tidak cepat melenting. Walau apa pun badai yang melanda (perghhh mak oi bahasa ku... ahahaha) dia akan siasat dan tidak membuta tuli percaya. I saspek you brader! Hihihi.... 

OK tak??? Hik hik hik

Seperti biasa... Suri Imani dalam citer ni... mama bayangkan Scha dan Ammar Mirza... Fahrin. Sekadar di layar otak ye... janganlah husband Scha marah mama sudah. Ya ampun ya Awal.... Peace!

KAU PEMILIK HATI


Gambar ehsan AeIn Darnes
Penulis : Ayumi Syafiqah

Sinopsis :

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


CELOTEH MAMA

Bila mama baca buku cerita ni, wajah yang terlintas di layar otak (pergh...layar tau...) bila mana nama Qarissa disebut ialah wajah Diana Amir. Tak kisahlah kalau orang nak kata tak sesuai ke apa, tapi sekali mama dah pahatkan dalam otak, maka watak tu la yang kekal sampai habis baca buku ni.

Cerita dia okay. Cuma bila baca part-part 'brutal' si Rissa ni.. berkata gak dalam hati...hok aloh, kerek juga minah ni! Hahaha.... Tapi bila dah tiba part Rissa di rumah Salma...alahai.... sayu gak rasa hati... and of courselah mama leleh... bak kata mak chu...macaaaaamlah tak biasa mama tu punya perangai. Gembira dia meleleh, inikan pulak waktu sedih!

Nak tahu ceritanya... kenalah beli dan baca ye.....

'Rissa' sebelum....

'Rissa' selepas....
Gambar-gambar Diana Amir adalah ikhsan dari Google dan buahmulut.com. Terima kasih.

Tuesday, February 19, 2013

Cahaya Qaseh


Penulis : Kathy Tuah

Sinopsis:-

"Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

"Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

"Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh." Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

"Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini." Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.

Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

Celoteh Mama :

Masa mama baca cerita ni... watak-watak yang mama bayangkan membuatkan adik mama tergelak! Masakan tidak, watak Miasara, kakak ipar Qaseh tu, mama boleh bayangkan si cilik Mia Sara didewasakan! Hahahahaha..... Aliff tu pulak, Aliff Aziz tu. Hahaha... Syuhada tu Anzalna Nasir dan Aunty Norly tu Raja Noor Baizura. Qaseh dan Tengku Aiman pulak, Irma Hasmie dan hubby dia... 

Very very very sweet couple...

Isteri Separuh Masa



Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Celoteh Mama :

Buku ni pun mama suka. Hmmm bila pikir-pikir balik, buku apa je yang mama tak suka ek? Hahahaha... Tapi masa mula-mula baca tu, eeee geram je dengan si Nazrin tu, asyik nak tengking je. Tak sakit agaknya anak tekak dia. Mama pulak yang rasa sakit tekak... hahahaha... Tapi nenek Nazrin memang terbaek! Hihihi....

Tuesday, October 30, 2012

KEA



 Hasil Nukilan : Arasharrina

Sinopsis :

“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”

“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”

“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”

“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”

“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!

“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.

Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.

“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

Coretan Mama :

Cerita ni okay. Tapi mama asyik suspen je... Haikal ni mati ke tak? Most of the time asyikkkklah dok doa Haikal jangan mati. Kesiaaaan kat Kea...

p/s : Terima kasih kepada Cik Oni sebab sudi pinjamkan buku ni pada mama ye...

Sunday, September 30, 2012

Teduhan Kasih


Penulis : Marissa

Sinopsis :

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL. 

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam. 

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN. 

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Celoteh mama :


Masa mula-mula baca novel ni, hok aloh... my blood go upstairs! Nasib baiklah terfikirkan yang buku ni bukan harta sendiri tapi harta pinjam dari Mak Chu, kalau tak, harus ku baling je... ahaha... emo la pulak kan. Kalau nak tahu emo tak emo nya, ce baca sendiri buku ni...

Walaupun buku ni buku favourite Mak Chu dan dia marah kalau mama dok kutuk Papa Ehsan dia... tapi memang mama ada sedikit seganlah baca buku ni... Maaflah ye Marissa, ceritanya sedap tapi rasanya macam dah lari sikit dari adat ketimuran... hehehe... i kan pemalu you... ahaks.... sabor je la... 

Apa-apa pun, korang bacalah sendiri dan judge la sendiri ye... Masa baca buku citer ni, tak ada dok bayangkan siapa wataknya sebab memula tu sibuk layankan hangin mama, lepas tu bila dah masuk bab romantik terlebih, jadi segan pulak nak membayangkan sesiapa.. ahaks...



Suami Aku Ustaz

Gambar Ikhsan Google Image

Penulis : Hannah Dhaniyah
Sinopsis :

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? 

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.” 

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? 

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.” 

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar? 

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.” 

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Celoteh mama :

Okaylah cerita ni. Tak de lah tension sangat. Cuma part Lisa kena 'chong' kenkawan dia sebab nak cover pasal citer perkahwinan dia tu je yang mama tense sikit.. ahahahaa... macamlah mama ni Lisa plak... ngeh ngeh ngeh... eh kan ke mama kalau membaca memang dengan penuh perasaan... jadi sewajarnyalah berperasaan begitu.. Masa baca buku citer ni kan, Mak Chu suggest, watak Ustaz Hafiz tu, pelakon Asyraf Muslim dan Lisa pulak... mama imagine Lisa Surihani... hehehe...bayangan je ye... jangan mare....



Wednesday, July 11, 2012

Prince Charming




Penulis : Ratu Bulan Nurfa

Sinopsis :

Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Nota :
Citer ni macam 'eerie' pun ada gak. Tapi best juga. Asyik dok tertanya-tanya... Kalau mama, memang mama sukalah citer ala ala fantasi ni... ahaks... Kalau nak tahu, kenalah baca sendiri.. *wink*


Saturday, May 5, 2012

Ku Pujuk Hati

Gambar Ihsan dari Galeri Novel Terpakai. Terima kasih.


PENULIS :
Zuri Yanie

SINOPSIS :

Berperwatakan lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

Nota :

Anda boleh juga mendapatkan novel-novel terpakai yang berada di dalam keadaan yang baik di Galeri Novel Terpakai



Friday, February 17, 2012

Menggamit Syurga Firdaus



Penulis :

Puan Kamsiah Abu

Sinopsis :

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?

natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.

Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.

RM26.00
635 muka surat

Celoteh Mama :

Buku ni pun best. Tak la berapa tension, tapi penuh dengan suspense. Tapi kan, suspen dia tu, mama selalu dapat agak.. hehehe.. terror gak ek mama ni... muahaha.. masuk lif tekan sendiri la gamaknya...

Petua yang Mak Mah turunkan kat Natasya : Suami akan tetap sayang dan setia pada isteri sekiranya dia sentiasa memakan makanan dari air tangan isteri sendiri sebelum dia menjamah makanan dari orang lain.

Saturday, February 11, 2012

TEMAN SERUMAH


PENULIS : Zuera Rasiddin

SINOPSIS :

“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”
“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”


Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?



CORETAN MAMA :


Bila dikenang-kenangkan apa yang berlaku selama mama membaca buku cerita ni, nak ketawa pun ada. Mama lah punya hangin dengan si Musfira Awany... sampaikan nak hilangkan rasa geram tu, siap pergi cuci kereta sendiri tau... bersih dah dua biji kereta mama cuci. Selamat RM21!! Hmmm boleh beli buku citer lain kan? Ahaks.... Apa-apa pun, Izzat memang gentleman....

Wednesday, February 8, 2012

Suami Yang Ku Benci




BIODATA PENULIS :

Nama penuh Hafizah binti Haji Mohamed. Beliau hanya mahu dikenali sebagai E-man Sufi dalam dunia penulisan. Beliau dilahirkan pada 15 Ogos, 1982 dan berasal dari Temerloh, Pahang. Tamat persekolahan di Sekolah Agama Al-Wosto Temerloh Pahang dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam daripada lapan orang adik-beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuantan. Beliau amat menggemari aktiviti melayari Internet pada masa lapang. Selain daripada itu beliau juga amat menyukai aktiviti menulis jurnal, novel dan cerpen juga minat membaca buku-buku antalogi cerpen dan puisi. Minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan membuatkan beliau membuat keputusan untuk menceburkan diri dengan lebih serius dalam bidang ini.

SINOPSIS :

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

Coretan mama :


MAMA SANGAT SUKA NOVEL NI! Penceritaan yang begitu sempoi dan kelakar. Kadang-kadang bila membaca, tiba-tiba aje boleh tergelak sampai mengeluarkan bunyi-bunyian dan terus menarik perhatian insan-insan di sekelilingku. Tapi sebab mama ni kan jiwa rapuh, confirmed ada part part yang mengalirkan si airmata. Ada gak part yang tersedu. Tapi itu, mamalah ye. Korang kalau baca, mungkin takat sedih je kot, wallahualam. Kalau nak tahu, sila baca sendiri.


Watak yang paling mama suka dalam novel ni ialah Makcik Sarimah! Memang terbaek dari ladang! Hahahahaha.....

Sunday, February 5, 2012

CANTIKNYA SI COMOT

Gambar Ihsan Google Search

Biodata :

Miazal zahra telah dilahirkan pada tanggal 24hb jun 1964 di Pulau Pinang. Anak bongsu dari 10 adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Balik Pulau dan menyambung persekolahannya di Maktab rendah Sains Mara Kulim hingga tingkatan lima. beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di UITM Arau dalam jurusan perakaunan dan kini sedang berkhidmat di sebuah anak syarikat MARDEC Bhd di pulau pinang sebagai seorang Eksekutif Kewangan.

SINOPSIS :

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

CELOTEH MAMA :

Mama suka baca buku ni. Lebih relax dan penuh dengan kasih sayang. Kalau ada dugaan dan rintangan dalam kehidupan, taklah terlalu berat sampai lelah mama nak baca sampai habis. Buku ni mampu menghilangkan sebahagian besar dari stress membaca buku-buku yang sebelum ini. Kelakar pun ada dengan ayat-ayat yang ditulis. Kenkadang tergelak sendiri bila membaca. Tapi seperti biasalah... mama pasti leleh punya cuma bezanya, kali ini, banyak airmata kegembiraan. Part yang paling best, cerita ni berkisar di Cameron Highlands. I LIKE!!!!

Monday, January 30, 2012

AWAK SUKA SAYA TAK?


PENULIS : Melur Jelita

SINOPSIS :

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisihan faham dan ego?

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya...seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan. 

Hilmanku...sifuku...kekasihku. Kembalilah...
"Saya tak pernah tinggalkan awak walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." Hilman Yong.

"Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you? I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong.

"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium...tetapi hanya di dinding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan... walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.






Celoteh mama...

Jalan cerita dalam novel ini berkisar tentang halangan di dalam percintaan yang terpaksa dilalui oleh dua pasangan bercinta. Yang membezakan ASST ini dengan novel-novel lain yang pernah mama baca ialah selain dari hanya cerita, Melur Jelita banyak menyelitkan unsur-unsur keagamaan dan juga ilmiah. Itu yang mama suka. Cuma mama sesak nafas sikit sebab banyak sangat rintangan yang harus ditempuhi oleh mereka. Letih omak! Hehehe... Apa-apa pun, thumbs up buat Melur Jelita kerana cerita yang bernas. All the best in your next book ya. I'll be right here waiting... :D

Monday, January 23, 2012

KASIH BENAR KASIH

Ihsan Google Image


MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, 
‘Dia kosong, aku pun kosong.’ 
Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.
Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. 
Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

My 2 cents :

Secara jujurnya, mama tak berapa suka dengan Annura dalam cerita ini. Rasanya sebab mama ni total opposite of Annura. Stress juga mama nak habiskan cerita ni... rasa marah kat Annura kerana menghukum Dinzley sampai begitu sekali. Tak takutkah Annura akan dosa-dosa dengan suaminya itu? Hadoiiii...tension omak!!!




Monday, December 12, 2011

Hanya Kau Yang Tahu


Hasil nukilan : Puan Kamsiah Abu

Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yg digunakan oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yg terkenal dgn imej 'Romeo' utk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menajdi bertambah parah apabila impiannya utk membina mahligai bahagia bersama kekasihnya, Rizal menemui jalan buntu. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yg seolah-olah memenjarakan Farah dlm penderitaan yg entah bila akan berakhir.

"Sebab itulah abang ambil kesempatan utk libatkan Farah dalam kemelut abang dengan Munirah, kerana abg tahu yang abag telah jatuh cinta pada Farah semasa pertama kali melihat Farah. Hati abg bagai berdetik bahawa abg sudah jumpa perempuan yg akan membahagiakan abg." ~Daniel Harith

Adakah sesuatu yg pahit telah berlaku dlm hidupnya sehingga dia membenci perempuan begitu sekali. Adakah dia mengahwini aku kerana mahu membalas dendamnya pada perempuan.~Farah

"Jgn terlalu yakin farah! Bila saya kata yg awak mesti tinggal kan Daniel, eloklah awak lakukan begitu. Farah tak tau yg Farah tu hanyalah sebagai teman Daniel utk berseronok seronok sahaja. Dia akan tinggalkan awak bila dia sudah jemu nanti. Saya hanya ingin menolong awak sahaja, Farah. ~ Munirah Samad

---
Kerana wang, kekadang manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa melanggar prinsip kehidupan dan harga diri sehingga sanggup membelakangkan dosa dan pahala. Saya mendapat ilham ini utk mencoretkan kisah pahit manis kehidupan seorg gadis yg mementingkan kehormatan diri sebelum mengikat cinta lelaki bergelar suami. Semoga Hanya Kau Yang Tahu dapat memberikan ikhtibar yg baik kpd semua pembaca. ~kamsiah abu~


My 2 cents :


Tension gak baca buku ni... susah gak kalau orang selalu berprasangka buruk terhadap orang lain. Lepas tu, orang yang disangka buruk tu pulak, layannnn je... ish... penat tension tau! Bila dah habis baca, kena rehat jap...hahaha...


TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA CIK ONI. NANTI PINJAM LAGI BUKU-BUKU CIK ONI YANG BANYAK TU YE... sharing is caring you know! Ahaks...

Friday, December 2, 2011

Yes Boss!



Penulis :
Areila Sahimi atau nama sebenarnya Nurul Azalila Binti Ahmad Sahimi dilahirkan pada 6 Januari 1986, Ipoh, Perak. Berpendidikan Sek. Keb. Kg Pasir Puteh, Ipoh, Sek. Men. Kebangsaan Kg Pasir Puteh, Ipoh, ACS Ipoh dan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Di dalam dunia penulisan maya, pembaca lebih mengenali beliau dengan nama 'akubintangbiasa'. Beliau telah menghasilkan tiga buah novel bercetak yang bertajuk "Baju Pengantin Mak Andam", "2x5" dan Iman Suraya bersama Kaki Novel Enterprise.


Sinopsis :

Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi dia yg mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss... kena turut. Setiap rentak boss... kena ikut. Semua kena "Yes, boss!"

Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.

Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa saja, Aryana pasti akan mengatakan, "Yes, boss!"

Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar dia perlukan Aryana lebih daripada seorg boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

My 2 cents :


Salah satu dari buku favourite mama...sebab mama suka baca tulisan Areila Sahimi.. hehe.. bias kan.. nak wat cemana, memang mama suka gaya tulisan Eila yang santai dan relaxing. Pas tu dia tak overdose. Hehe...
Okay dalam citer ni kan, mama dok bayangkan...
Datuk Maarof >> Dato' Haji Rahim Razali
Ilham Irfan Datuk Maarof >> Awal Ashaari
Aryana >> Scha Al-Yahya...
boley? Ahahaha.. boleh tak bolehlah kan, itu yang tertayang dalam kepala!


Hatiku terusik di mukasurat 262.......

Thursday, December 1, 2011

Pretty Woman



About the Author

Fern Michaels is the USA Today and New York Times bestselling author of Hey, Good Looking, Pretty Woman, the #1 New York Times bestseller The Nosy Neighbor, Family Blessings, Crown Jewel, The Real Deal, Late Bloomer, Trading Places, No Place Like Home, Plain Jane, and dozens of other novels. There are more than seventy million copies of her books in print. She lives in South Carolina.


Sypnosis :

In Fern Michaels's extraordinary, inspiring New York Times bestseller, an overweight woman sets out to improve her life by losing fifty-five pounds -- and ends up changing much more than her dress size!
Rosie Gardener fell under the spell of handsome Kent Bliss, and not even her best friend Vickie could persuade her that her fiancé was a two-timing cad. Now it's her third wedding anniversary, and Rosie, fed up with Kent's mistreatment, realizes her estranged best friend was right. But the day after kicking Kent out and beginning a diet and exercise regime, Rosie experiences another life-changing event: she wins $302 million in the Wonderball lottery. Now with Kent lurking in the shadows to claim a share of her money, Rosie needs her friends more than ever. As she works out under the eye of sexy personal trainer Jack Silver, a stronger new Rosie emerges -- a woman who wants to learn to trust love once again. Can she keep her vow not to be stopped by Kent's bitterness and her own self-doubts and jump into life with a passion she didn't know she possessed?

My 2 cents :

Interesting story but then I got tired just by reading how Rosie was so determined to loose weight. She did all the workouts her trainer had asked her and even entered the yearly triathlon. She was running, cycling and swimming and yet I was the one panting! Hahahaha....

Did I shed any tear? Of course! The part when Rosie's housekeeper wanted to leave her to get married...