Showing posts with label Ramblings. Show all posts
Showing posts with label Ramblings. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Bermulanya...

Di sini bermula perjalananku.....

85.6

Semoga urusanku dan usahaku dipermudahkan
...amin...

Tuesday, March 29, 2011

...MAAFKANLAH MAMA...


Tengahari tadi, seperti biasa, mama pergi jemput Syahmi dan Iddin balik dari sekolah. Cuma kali ini, mama tak tahulah kenapa mama teralpa seketika sewaktu memandu keluar dari kawasan parking sekolah. Tumpuan mama tertuju ke arah sebuah kereta dan dua orang murid sekolah. Tak ada apa pub yang terjadi pada mereka sebenarnya tapi tak tahu macam mana, mama begitu ralit memandang mereka sampaikan mama terlupa untuk berhenti di simpang. Instead, mama terus keluar je.

Adoi mak, sib baik tak bertembung dengan kereta Citra hitam yang datang dari kiri. It seems, kereta tu horn, tapi mama boleh tak dengar. Cuma mama ternampak dia flash light je. Terus je mama angkat tangan tanda minta maaf... banyak kali mama angkat, tapi mama tak tengoklah ke arah dia, sebab mama dah ke depan...

Sepanjang panjang jalan pulang, mama rasa bersalah sangat. Memang silap mama. Mama alpa. MAMA HARAP SANGAT ORANG TU MAAFKANLAH MAMA. Memang mama tak sengaja. I don't really know what went into my head tadi sampai boleh ralit gitu...

Macam mana nak hilangkan rasa salah ni ek? Tak sukalah rasa cam ni....

Tuesday, March 8, 2011

Ada aku kesah????!!!

Ihsan dari Google Image

Tengahari tadi, di dalam kekalutan mama nak menjemput Syahmi dan Iddin balik dari sekolah, mama telah mencapai tudung yang disangkut di kerusi dan terus menyarungnya. Kunci pintu, hidupkan enjin kereta dan buka gate. Reverse dan kemudian tutup gate (picit remote je...hehehe..cemanalah tak tambah malas kan? Ish ish ish...salahkan teknologi, bukan salah mama ye... hahaha). Bila dah keluar dari post guard ke jalan besar, mama terpandangkan tudung mama. Eh, kenapa ye warnanya lain macam je nih? ALAMAKKKKKK... terbalik!

Mulanya rasa kalut juga. Nak ku buat macam mana ye? Lama-lama terfikir sendiri... alah, kalau orang nampak pun, habis habis dia akan cakap...eh eh, perempuan tu pakai tudung terbalik.... mmmm ada aku kesah? Hahaha...

Moral of the story : Jangan tension tension nak pikir benda kecik-kecik ni... wat dono je! Bley???

Monday, November 29, 2010

MARAH TAK KALAU ORANG LAMBAT???

LAMBAT!!!

Apa perasaan anda kalau orang yang anda nantikan lambat kunjung tiba?
Marahkah?
Sakit hatikah?
Geramkah?
Sewajarnya begitulah yang anda rasakan bila janji tidak ditepati.

Tapi pernahkah anda mengharapkan yang orang yang dinantikan itu lambat sampai?
Mama pernah.
Siapa gerangannya?

NAMA GAMBAR

Kenapa suka mereka lambat?
Sebab diorang akan bagi ini....



Apa yang best dapat baucer tu?
Cuba baca sini....



Best kan!

Thursday, November 11, 2010

Dag dig duggggg.....

Hari ni keputusan peperiksaan UPSR keluar...



Cemana ye perasaan anda sebagai pelajar berkenaan?
Bagi yang terror tu, mestilah confident.
Bagi yang so so tu, mulalah kecut.
Bagi yang happy go lucky tu.... "ada aku kesah'?

Bagaimana pula perasaan anda sebagai ibu bapa?
Garenti berdebar kan?

Apa-apa pun, semuanya telah berlalu, tak guna difikirkan...
Redhalah dengan semua keputusan sebab dah tak ada apa yang boleh dilakukan..
Berusahalah lagi untuk hari kemudian....
Sekian......


Friday, October 29, 2010

Nonton stail lain???? Wah...


Baru saja habis menonton episod 56 Cinta Kirana di TV. Tapi hari ni, cara mama menonton sedikit berbeda berbeza. Hari ini mama menonton tanpa perasaan. Rasanya lebih nyaman kok selesa dan tanpa rasa amarah.

Sekian lama, mama menonton cerita tu dengan penuh emosi penghayatan. Mama jadi capek letih. Orang yang berlakon tu, dah tentulah dapat bayaran kerana berlakon, tapi mama dapat apa? Dapat penat je!

Tapi apa bisa mungkin mama terus terusan kayak macam ni? Menonton tanpa perasaan? Rasa macam tak boleh je.... anda bagaimana?

SIAPA YANG BERLARI, SIAPA YANG PENAT NIH?

Petang tadi, cadangnya nak pergi kedai membeli barang dapur. Tapi lepas ambil anak dari sekolah, mama baringlah kejap melepas helah lelah. Tangan pun dengan otomatiknya on kan television. TERtengok cerita CINTA ROTI, yang mengisahkan warga asing yang bekerja sebagai pembuat roti di sebuah restoren, dok kelentong 3 orang perempuan demi duit... ala-ala pisau cukur gilette.

Perempuan pertama, boss restoren. Perempuan kedua, career lady dan yang ketiga, wanita yang bekerja di pejabat pengiklanan (lakonan Sherina anak Chef Wan). Boss tu, dia yang syok kat mamat ni. Yang kedua tu, saja je kenkawan. Tapi dengan Sherina ni, mamat tu ada hati gak kat dia, tapi kat negeri sendiri, dah ada isteri... Kesemua wanita-wanita ini amat bermurah hati menolong mamat ni dengan menghulur duit apabila mamat ni buat muka seposen kesian.

Si Mamat ni pun kenalah berlari sana-sini dating dengan ketiga-tiga perempuan tu..... mama yang menonton, terus kepenatan....lalu tertidur... tanpa mengetahui apa kesudahannya! Hahahaha....


Saper ada tengok? Citer sket apa ending dia?

Nota kaki : Kedai ke mana...mama ke mana! Cemana?


Wednesday, October 27, 2010

Reti bagus ke, tak reti bagus?

Kali ini, kita citer bab memandu pulak....

Anda ada lesen memandu yang SAH?
Ada?....Bagus....
Anda ada keberanian untuk memandu?
Ada?....Bagus....
Anda rasa, anda pemandu yang berhemah di jalanraya?
Ye?...Ye ker? .....Bagus....
Gambar ihsan dari Google Image

Pernah tak anda bertanya kepada penumpang-penumpang anda, samada mereka SERAM takut tak bila duduk di dalam kereta yang dipandu oleh anda? Mama selalu bertanya kepada penumpang-penumpang mama dan alhamdulillah, jawapan yang diterima adalah amat positif sekali.... tapi tak tahulah samada itu seratus peratus ikhlas ke atau sekadar mengambil hati... ala tak kisahlah...janji jawapannya positif.

Sekarang, soalan lain pulak. Bagaimana pula perasaan anda andai anda menjadi penumpang? Apa reaksi anda? Anda ada tak merasa asam kecut perut? Rasa nak tekan invisible brakes bila duduk di kerusi penumpang? Hahaha.. itu acap kali mama rasakan...

Jadinya, adakalanya mama terfikir... ada juga baiknya kalau tak reti memandu sebab bila tak reti memandu, orang memandu membuta tuli pun, kita tak ambil kisah. Tapi bila dah reti memandu... kat kerusi penumpang pun kita nak tekan brek....cemana tuh!!!

Tuesday, October 26, 2010

ADA... TAK GUNAKAN... WAT HAPER!!!

Ada? Ada apa?
Jam loceng ler...

Tak guna? Kenapa?
Guna tu guna, tapi bila kawan tu berbunyi... ma off kan dan terus sambung tidur...

Wat hapa?
Buat perhiasan je la....


Imej ikhsan dari Google Image


Pagi tadi, jam loceng berbunyi... mama offkan dan teruskan tidur. Bila celik mata, jam menunjukkan ke pukul 7.15 pagi. Melompat bangun. Ha ah, tahu, tak elok untuk kesihatan. Tapi mengenangkan anak nak ke sekolah, ku lompat jua....

Sampai di perkarangan sekolah, pukul 7.33 pagi. Ingatkan kami yang paling lambat, rupanya ada juga lagi yang datang selepas kami... tak apalah macam tu kan.. kurang sket rasa bersalah....

Malas dah nak peringat diri sendiri... hari ni beriya dok beringat, sok lusa buat balik. Tak de maknanya!

Shhhhh...rahsia okay....




Shhhhhhhh.....

Ini rahsia okay....kita dua orang je yang tahu... kata si polan A.
Lepas tu kan, nanti esok lusa, ada lah orang lain dok bercerita dengan kita yang sipolan A ni gitu gini gitu gini... sama seperti rahsia yang telah dibisikkan pada kita sebelumnya. Mmm cemana tuh? Apa nak buat? Buat bodoh je la....

Ada orang boleh simpan rahsia orang lain, tapi ada orang tak boleh. Kalau ditanya saya, saya boleh menyimpan rahsia orang lain dengan jayanya, tapi rahsia saya sendiri, saya ternyata tidak berupaya. Selalu sahaja bolos.... Siapa nak disalahkan tu? Tak apa, tak payah jawab sebab ternyata, jawapannya...salah saya sendiri...

Justeru itu, rahsia anda adalah selamat dengan saya, tetapi, tak payahlah susah-susah suruh saya simpan rahsia anda sebab saya tak kuasa.....

Selamat sejahtera buat semua.....

Monday, October 25, 2010

BIKIN SPOIL HARI MAMA AJE!!!

HABIS TUMPAH......

Hish buat spoil je pagi ku yang indah ni... Sib baik tak banjir dapur.
Ingatkan dah tutup, rupanya tak kuat...
Ingatkan masaalah dah tak ada, rupanya masih belum selesai....
Siapa nak disalahkan? Mama? Atau dia?
Siapa dia?

V
V
V
V
v
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




Gambar ihsan dari Google Image


MESIN BASUH MAMA LA....
Mesin basuh mama ni baru je ada masaalah selepas ada sedikit masaalah dengan penapis air di luar rumah tu. Semenjak kejadian hari tu, mesin basuh ni macam seman (pronounced as...seyman) je. Bila dah habis cyclenya, kalau tak tutup paip air, air akan masuk dalam mesin dan membasahkan semula baju yang telah di'spin'.

Semenjak hari tu, mama akan tutup paip airnya selepas habis cycle terakhir. Pagi ni, mama rasa mama dah tutup, rupanya tak tutup rapat. Lepas tu, tanpa usul periksa dan dengan keyakinan tahap maksima, mama pun bukalah pintu mesin basuh....hah...amek ko... berlambaklah air keluar... nak salahkan siapa? Lu pikirrrrlah sendiri.......
Terfikir sendiri....
Agak-agak, kalau masuk rancangan Deco Bersama Eric, kalau suruh renovate dapur, mesti bestkan? Leh dapat mesin basuh, oven baru, microwave baru, stove baru...silap haribulan, periuk belanga dan pinggan mangkuk baru...bestnya......

Adakah mama dibayar tunai oleh Allah?



Nawaitu...
Itu yang penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Dan kita seharusnya tetap dengan niat kita itu.

Mama telah terpesong sedikit dengan niat asal mama bila berfacebook. Akaun dibuka juga atas nasihat sifoo blogging, Ben Ashaari. Masih teringat kata-kata Ben semasa menyakinkan mama agar membuka akaun. Ingat mama, tujuan buka akaun FB adalah untuk mingkatkan 'traffic' ke blog mama. Masih terpahat ungkapan itu di benak mama ni. Tapi setelah terjun ke dunia FB, mama terlalai.... lantas blog-blog ku terbiar... tersadai.... terbengkalai...

Walaupun ada juga yang cuba beralas kata, memperingatkan mama, tapi mama tetap tak perasan hinggalah ke hari ini... mama tersedar sendiri... betapa mama telah leka..... Adakah mama telah dibayar tunai oleh Allah kerana kelalaian ini.... wallahu'alam....

Sunday, October 24, 2010

BAWANG...RM70.00? BIAR BETUL....

Harga bawang sampai RM70.00? Esh.. bawang apa tu? Bawang dari emas ke dari tembaga ke?

Tak de la..... gimic je tu...

Pagi semalam, mama memang plan nak pergi kedai. Nak beli tepung dan telur. Saja ajak Kak Ana, kot dia nak ikut. Kan bagus car pool dari pergi sendiri-sendiri. Jimat minyak, dapat kurangkan pencemaran udara dan juga kesesakan lalu lintas. Lagipun, kalau pergi kedai ada kawan, best sikit. Kak Ana pun setuju nak ikut sebab dia nak beli bawang, katanya...

Kami pergi kedai... 2 kedai... Kak Ana habis RM70.00 ++, mama habis RM100.00 ++...hanya kerana ke kedai nak beli bawang, telur dan tepung... mahal kan harga barang-barang tuh... dahlah tu, booth kereta pun penuh! Macam mana tuh?

Nota : Lenkali nak beli bawang, pergi je kedai depan rumah, baru RM2.00!!

Thursday, August 12, 2010

HABIS MADU, SEPAH DIBUANG???


Habis madu sepah dibuang?
Eh tu bukan mama tu... tak percaya?
Ni ha.. hubby belikan mama untuk birthday hari tu...



Bila birthday mama?
Bulan Jun hari tu.... Ma guna phone ni sekali, sampai bateri habis... lepas tu tukar balik kepada yang lama... si dia ni ha....



Setia pada yang lama... kenapa?
Kerana dikau telah bertakhta di hatiku... ahahaha... sabor je la... Mama suka phone yang lama sebab dia punya function macam komputer. Lagipun mungkin mama dah biasa dengannya sebab mama dah gunakannya lebih dari 5 tahun. Walaupun gigi mu rongak, kau tetap menjadi pojaan hatiku.....

Phone baru tak best ke? Eh bukan tak best...memang best.. siap ada kamera lagi... tapi, itulah yang buat mama susah hati sket... sebab kena ambil extra precautions terhadap kamera kat belakang phone tu... huhuhu.. kita ni dahlah jenis ganas...bih cemana tu?

Tapi nanti, nak kena gunalah yang baru... bagilah pencen kat yang lama... takut nanti, abang merajuk lak, tak nak belikan benda baru untuk mama. Dahlah nak belikan phone yang baru ni pun, entah berapa kali mama reject...

p/s : Orang yang nak phone baru, tak dapat dapat...kita yang tak nak, di offer offer...eeee bestnya........

Wednesday, August 11, 2010

Ish kagum sungguhla.....

Ha ah, betul...kagum... Pasal apa tau....

Pagi ni, anak mama pergi sekolah seAWAL 7 pagi. Siap kena onkan lampu kereta lagi! Lepas tu kan, memandu pun boleh relax je, tak yah rempit-rempit macam selalunya. Kagum tuhhhh...... Itu pun, kalau tidak, dia nak suruh mama hantar dia pergi sekolah, pukul 6.40 pagi! Esh biar betul... mama kata, adik nak tolong buka pagar, pintu tingkap sekolah ke? Hahaha...

Bila sampai sekolah... eee ramainya budak-budak dok bersantai kat bawah shelter di drop off zone tu. Satu pemandangan yang teramat jarang kami temui.... ish...kagumnya....

Bila balik rumah pulak, mesin basuh dah siap buat kerja dia. Jadinya, terus je la mama sidai baju seAWAL 7.20 pagi. Nasib baiklah matahari dah menjengok keluar. Kalau tak... segan juga kot... kot ler orang kata macam tak menyabar-nyabar pulak nak sidai baju... tapi... ada aku kesah? Hahaha.... Tapi tu lah, sidai baju awal ni...ish...kagumnya...

Mmm.. lepas ni, entah apa lagilah yang akan dikagumi ye....

SELAMAT BERPUASA....

Tuesday, August 10, 2010

MINYAK... CUKUP KE TAK EH?

Ish..dah tinggal setakuk je warna hijau kat fuel indicator dalam kereta. Satu takuk warna hijau, satu lagi warna merah. Masa tengah memandu tadi, tukar mode screen ke 'jarak sebelum perlu diisi minyak kereta'... menunjukkan angka 90km... cukup ke?

Mama nak ke mana hari ni?

Err... pergi sekolah jemput anak balik dan hantar dan jemput anak dari tuition di sebelah petangnya.

Berapa jauh tu?

Sekolah dalam 3 km pergi balik...tuition dalam 10 km pergi balik kot...kalau tak pun, lebih sket...

Ek eleh...... kalau tak cukup...saja je la! Hahaha... Apalah mama ni suka sangat panik. Tu sebab dah banyak rambut platinum!

Monday, August 9, 2010

BILA MAMAFAMI NAIK ANGIN!!!!

'Horn' kereta ku berbunyi petang tadi... hah tu tandanya mama dah marahlah. Mama memang jarang benar menggunakan 'horn' kereta sebab mama hormati pemandu lain. Lagipun abang cakap, kalau boleh, elakkan dari membunyikan 'horn' terutamanya pada penunggang motosikal dan basikal sebab diorang boleh terperanjat dan mungkin membahayakan.

Lagi pun 'horn' kereta mama ni agak keras. Kalau tak kena gaya tekan, tak berbunyi dia. Tapi kalau dia berbunyi tu, gamaknya memang ma betul-betul tekanlah tuh....

Tadi masa dalam perjalanan nak ambil anak dari tuition, mama ikutlah lane kanan sebab kita drive laju sket kan... sekali tu, ada satu bas kilang ni, dia baru bagi signal nak ke kanan, terus buat U-turn! Apa dia tak nampak ke kami yang kat lane kanan ni dah dekat! Bukan kereta ma sorang tau, banyak kereta kat belakang. Mama terpaksa brake... sib baik tak kena 'cium' dengan kereta belakang!

Aiyooo... kalau tak sayang nyawa sendiri, tolonglah pikirkan nyawa orang dalam bas kilang dia tu dan nyawa-nyawa kami yang lain ni....

Phew... lega sket.....

Wednesday, June 30, 2010

Bicara hati.....




Hari ini, mama rasa macam ada yang sesuatu yang kurang Tak seperti tiga hari yang sudah....
Apa ye yang menyebabkan mama rasa demikian?
Oh ya..... mama tak membaca novel hari ni...
Kenapa tak baca?
Sebab mama dah selesai membaca novel yang kedua dan lagi mama ni kalau dah mula membaca, buruk sikit perangainya...macam tak boleh nak berhenti. Ada kalanya, terpaksa memaksa diri berhenti membaca demi melunaskan segala kerja yang tertunggak. Dah tiga malam, mama tidur, melepasi jam 1 pagi. Semata-mata kerana tak terdaya melawan keinginan untuk mengetahui apa kesudahannya....

Wahai Damya Hanna... mengapakah tergamak dikau menyiksa diriku ini?

Tapi, diakah yang menyiksa mama, atau mama yang menyiksa diri sendiri...
Selalunya, mama kalau membaca novel, mama seolah-olah menyerapkan diri ke dalam cerita tu. Itu sebab 'feel'nya amat kuat. Dan kalau cerita tu tension, mama akan berasa tension sama. Kalau cerita tu sedih....siap kau.... tisulah yang menjadi mangsa! Mama boleh sampai teresak-esak. Kalau cerita tu tengah gembira dan bahagia, siaplah berbunga-bunga hati mama ni. Bunga ros, bunga kertas, bunga ta*k ayam pun ada... hahaha... Kalau cerita tu menggambarkan kemarahan... haaa itulah masa terbaik untuk mama stop membaca dan menyambung kerjarumah. Macam malam semalam.... bila tiba ke bab yang menaikkan amarah, mama terus tutup buku dan hempuk buku tu atas meja. Bak kata Mak Chu....entah apalah dosa buku tu! Hahahaha.... Suami mama yang tengah buat kerja di ruang tamu, terkejut. Bila dia bertanya, kenapa? Ringkas saja jawapan mama.....SAKIT HATI! Hahaha....

Semalam mama habis membaca novel BICARA HATI karya Damya Hanna. Ceritanya best cuma mama sungguh rasa tersiksa.... nak tahu kenapa? Kenalah baca sendiri ye....

Oleh kerana mama telah menyerapkan diri dalam novel ini... kiranya mama ni Zahlia la kan... mestilah kita nak ambil peranan yang baik-baik je kan... hahaha... Mama rasa, walaupun setinggi mana sekali pun kasih sayang ma pada Tengku Syahran tu, hati mama masih ada 0.01% terguris yang tak mungkin padam... Nampaknya, mama ni lagi keras hati dari Zahlia kan? Kalau rasa macam terpinga-pinga apa yang mama tulis ni.... bacalah ye novel BICARA HATI ini....

Lepas ni..... nak baca lagi ke tidak novel baru? Nak baca ke tidak? Nak baca ke tidak? Nak baca ke tidak? Zzzzzzzzzzzzz...............

Monday, June 28, 2010

Senafas Rindu



Salaam and good day everyone..
Hope all are in good health and good sprit to start a new week.....

My weekend was a hectic one. Everything didn't go according to plan. I was supposed to attend our neighbour's daughter's engagement ceremony on Saturday but then a the day before, I received a call from our parent's neighbour in Melaka, informing us that the outside lights were not functioning for more than a week. It's not good to leave an unoccupied house in the dark of the night for a long time. So hubby said, let's fix the lights and he thought of going back after Fajr prayers. But I can't as I had promised Kak Dah (our neighbour) to do for her 100 pieces of fruit tarts and some jelly. And also, I have to collect the curry puffs I had helped her to order, from Kak Timah. Soon after Fajr prayers, I set to work. First, cook the filling and let it cool. Meanwhile, spread some melted cooking chocolate on the base of the tart casings. Pipe the filling and arrange the fruits (Kiwi, Apricot and Cherry) on top. All done by 9.00 am. Then rushed to Kak Timah's place to collect the currypuffs. Luckily it was all ready by the time I reached her place. After everything were safely delivered, I got ready and off we went back to Melaka. It took longer than what hubby had expected. He tried to fix the lights, but since it was quite old, the best decision is to get a new lights. We bought the one which does not need a starter. According to Mr Gox, the electrician who happens to be our parents' close friend, the lights are much better than the old ones. Not only it does not need a starter, it's lighter and saves energy to about 20%. Hubby had asked him to fix the sensor onto the lights and all he has to do at home, is just fix it to the ceiling. After the job was done, on the way home, we thought of just dropping by the neighbour's house just to thank them. But hubby got carried away chatting and we only started our journey back to KL at 6.40pm!

On Sunday, woke up early for Fajr. Didn't go back to sleep. Got carried away reading a novel by Damya Hana entitled Senafas Rindu. Gosh, I can't stop reading! Had to stop at 9.45am because Syahmi's tuition teacher came to teach Syahmi and Iddin. After they've started the class, I went to Giant to get Fatin's stuff because we planned to go and visit her in the evening. Back from Giant, I prepared some garlic bread, mushroom soup and fried some fish nuggets to serve them. Alhamdulillah all gone..... You'll be able to see the photos in MamaFaMi's Spice n Splendour

Yesterday night, I was so into reading the novel as it was the climax of the story. I didn't watch the football match, Germany vs England but stayed infront of the TV just to accompany hubby. At 12.30 pm, we went out for a drink and when we came back 15 minutes after that, I continued reading. Hubby off the lights as he wanted to sleep before waking up again at 2.30am. I went to the dining room and continued reading till the end, sobbing all the way. It was a nice story. You can read the synopsis here . I only slept at 1.50am!

Monday, June 14, 2010