Thursday, February 21, 2013

PROJEK MEMIKAT SUAMI


Penulis : HANINA ABDULLAH

Sinopsis :

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Celoteh Mama :

Siapa rasa nak try pikat suami masing-masing, elok baca buku ni. Tak pernah terlintas di fikiran mama pulak nak buat sampai cam tu sekali. Tapi rasa-rasanya, kalau body ni solid gold, ada harapan gak nak praktikkan semua teknik-teknik yang sifu si Una, ni ajar....

Teknik apa? Kenalah baca sendiri ye.... ihik ihik.....


Wednesday, February 20, 2013

CINTA TAK TERUCAP


Penulis : Imani Hatta

Sinopsis :

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

CELOTEH MAMA

 Mama suka cerita ni. Sebenarnya mama sukakan watak Ammar tu. Dia seorang suami yang tidak cepat melenting. Walau apa pun badai yang melanda (perghhh mak oi bahasa ku... ahahaha) dia akan siasat dan tidak membuta tuli percaya. I saspek you brader! Hihihi.... 

OK tak??? Hik hik hik

Seperti biasa... Suri Imani dalam citer ni... mama bayangkan Scha dan Ammar Mirza... Fahrin. Sekadar di layar otak ye... janganlah husband Scha marah mama sudah. Ya ampun ya Awal.... Peace!

KAU PEMILIK HATI


Gambar ehsan AeIn Darnes
Penulis : Ayumi Syafiqah

Sinopsis :

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


CELOTEH MAMA

Bila mama baca buku cerita ni, wajah yang terlintas di layar otak (pergh...layar tau...) bila mana nama Qarissa disebut ialah wajah Diana Amir. Tak kisahlah kalau orang nak kata tak sesuai ke apa, tapi sekali mama dah pahatkan dalam otak, maka watak tu la yang kekal sampai habis baca buku ni.

Cerita dia okay. Cuma bila baca part-part 'brutal' si Rissa ni.. berkata gak dalam hati...hok aloh, kerek juga minah ni! Hahaha.... Tapi bila dah tiba part Rissa di rumah Salma...alahai.... sayu gak rasa hati... and of courselah mama leleh... bak kata mak chu...macaaaaamlah tak biasa mama tu punya perangai. Gembira dia meleleh, inikan pulak waktu sedih!

Nak tahu ceritanya... kenalah beli dan baca ye.....

'Rissa' sebelum....

'Rissa' selepas....
Gambar-gambar Diana Amir adalah ikhsan dari Google dan buahmulut.com. Terima kasih.